11 Tip Rezeki Melimpah

“Allah memang memberikan rezeki kepada semua makhluknya, tetapi tidak semua mendapat rezeki yang mulia dari Nya. Setiap makhluknya dikurniakan rezeki yang berbeza-beza”

Rezeki dari segi bahasa ialah Ar-Rizq atau Al-‘Ahta’ iaitu pemberian, manakala dari segi istilah ialah sesuatu yang diberikan Allah SWT kepada semua makhlukNya tidak kira sama ada halal/haram.

Menurut Islam, rezeki merangkumi semua yang ada dalam kehidupan manusia, seperti Ibadah, waktu, kesihatan, isteri, anak, Ibu-bapa dan sebagainya. Namun demikian, sudah pasti setiap manusia berlumba-lumba untuk mendapatkan rezeki yang mulia melimpah ruah dalam kehidupan mereka.

Di sini kami kongsikan antara tips yang akan membuatkan rezeki kita melimpah ruah dengan izin Allah SWT.

#1. UTAMAKAN SOLAT

“Dan mintalah pertolongan dari Allah SWT dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah ayat 45)

Utamakan solat dalam aktiviti harian kita keran solat merupakan tiang agama.

Kalau bos kita suruh buat kerja, ada customer nak sesuatu, dengan segera kita buat, tak tangguh-tangguh. Kalau tangguh pelanggan lari, prestasi jatuh. Samalah kalau kita lambatkan solat. Allah akan lambatkan bagi kita rezeki, rezeki pun kurang Allah bagi atas prestasi kita yang LAMBAT je. Allah akan bagi pada sesiapa yang lebih cepat dari kita.

#2. SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Solat sunat tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur dan afdalnya dibuat secara bersendirian selepas tengah malam. Solat sunat tahajjud ini bertujuan sebagai tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT. Tambahan pula solat ini sebagai petanda perhambaan Allah SWT. Bila kita dekatkan diri dengan Allah. ,maka mudah kita untuk dapatkan apa sahaja yang kita inginkan dari Allah SWT.

#3. SOLAT SUNAT DHUHA

Nabi Muhammad SAW bersabda; “wahai anak Adam! Jangankah sesekali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Sebaiknya solat ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, di mana seseorang itu akan memperoleh keampunan Allah SWT, murah rezeki dan jiwa tenang.

#4. BERZIKIR

Zikir bukan sahaja dilakukan selepas solat, tetapi boleh pada bila-bila masa. Ia paling mudah dilakukan, namun kebaikannya terlalu benar untuk disia-siakan.

Antara zikir mudah menjemput rezeki;

  1. La hawla Wala Quwwata Illa billah
  2. La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
  3. Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
  4. Surat Al-Ikhlas
  5. Al-Waqia’ah
  6. Selawat Keatas Nabi
  7. Beristighafar

#5. BERDOA

Setiap apa yang kita inginkan, sudah tentu kita minta pada yang Maha Esa dengan cara berdoa. Berdoalah kepada Allah bagi menjemput rezeki kepada kita.

“Ya Allah berikanlah kami rezeki yang luas… yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami….jika rezeki kami ada dilangit maka turunkanlah. jika ada dibumi maka keluarkanlah. jika jauh maka dekatkanlah. jika dekat maka mudahkan lah. jika sedikit maka banyakanlah. jika banyak maka berkatilah, Ya Allah makbulkanlah doa kami.. aamiin..”

#6. MENDOAKAN ORANG LAIN

Doa ibarat cermin. Apa yang kita doa untuk orang lain, akan terpantul kepada kita semula. Allah dan Rasul memerintahkan kepada kaum musliminuntuk sentiasa mendoakan saudaranya, sehinggakan Allah mengutuskan malaikat yang khusus bertugasuntuk mengaminkan setiap doa orang muslim untuk saudaranya dan sebagai balasannya, malaikat itu pun diperintahkan oleh Allah untuk mendoaksn orang yang berdoa tersebut. Jika kita mendoakan orang lain, sudah tentu sahaja malaikat mendoakan perkara yang sama buat kita. Maka potensi dikabulkannya akan lebih besar dibandigkan dengan doa untuk diri sendiri.

#7. BERSEDEKAH

Sedekah dari istilah syara’ adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Harta orang yang bersedekah tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak. Janji Allah SWT yang sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekah kan kesemuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sendiri.

#8. MEMBACA AL-QURAN

Sayyidina Abu Said meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Allah berfirman, jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatku dan berdoa kepadaku kerana sibuk dengan Al-Quran, maka aku akan kurniakan kepadanya perkara yang baik yang aku kuriakan kepada oramg yang berdoa kepadaku”

#9. MEMBACA ASMA UL HUSNA

Asma Ul Husna adalah nama-nama Allah yang terdapat di dalam Al-Quran. Dengan membaca nama-nama Allah ini, tentunya sekali kita akan mudah mengingati Allah dan lebih terkondisikan dengan apa yang sentiasa Allah perintahkan termasuklah doa kepadanya.

#10. BERSYUKUR

Bersyukur dari segi istilah adalah pengakuan terhadap nikmat yang dikurniakan Allah yang disertai dengan ketundukan kepadanya dan mempergunakan nikmat tersebut sesuai dengan kehendaknya.

Sikap syukur perlu menjadi keperibadian setiap muslim. Sikap ini mengingatkan untuk berterima kasih kepada pemberi nikmat (Allah) dan perantara nikmat yang diperolehnya (manusia). Dengan bersyukur, ia akan membuatkan kita rela dan puas akan nikmat Allah SWT yang diperolehnya dengan tetap meningkatkan usaha guna mendapat nikmat yang lebih baik.

#11. TEKUN BERUSAHA

Banyak atau sedikitnya rezeki bukan bergantung kepada jenis pekerjaan, tetapi bagaimana kita bersikap terhadap pekerjaan tersebut. Yang penting adalah kesungguhan. Siapa yang bersungguh-sungguh pasti akan mendapat rezeki yang melimpah ruah dalam pekerjaannya. Begitulah sebaliknya, mereka yang tidak berusaha, sukarlah untuk tingkatkan rezeki mereka.

Rezeki akan dipermudahkan jika kita istiqamah mengamalkan tips-tips ini. Justeru itu, sentiasalah dekatkan diri kepada Allah, kerana segala yang baik datang dari Nya. Apa yang kita lakukan semua atas izinnya.

Wallahualam.

PS: Ingin ledakkan Rezeki anda sepantas 2hari? Jom baca sini> LEDAK REZEKI

Ada masalah hutang yang bertimbun? Jangan bimbang, ada caranya melunaskan hutang segera…baca sini> BEBAS HUTANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *