Penggunaan Hukum Tarikan adalah kaedah yang efektif untuk mengubah kehidupan anda, sekiranya anda melakukannya dengan betul. Jika ia tidak jadi pada anda, kemungkinan anda telah melakukan kesilapan dan kesilapan itu menyebabkan anda telah menarik kekurangan dalam hidup anda. Berikut adalah 3 tip untuk membantu anda menarik impian dan kesenangan dalam hidup anda.

1.  Ubah Perspektif Anda

Kita ambil contoh peningkatan dalam pendapatan sebagai impian kita kerana kebanyakan orang mengalami masalah sebegini. Ayat ini biasa diucapkan oleh ramai orang – “Saya tidak mahu miskin lagi”. Walau bagaimanapun, jika anda melihat pernyataan ini dengan lebih dekat, anda akan dapati bahawa kata kuncinya adalah miskin. Jika anda ingin menarik kekayaan, anda tidak mahu untuk berkata tentang kemiskinan, kerana apa yang anda cakap, adalah apa yang akan datang kembali kepada anda. Jadi, sebagai gantinya sebutlah seperti ini, “Saya ingin memiliki lebih wang supaya saya rasa bahagia dan boleh pergi ke mana-mana sahaja.”

2.  Ubah Reaksi Anda

Reaksi pertama anda terhadap situasi kewangan anda, seperti bil kad kredit yang banyak, adalah biasanya menjadi bimbang yang anda tidak boleh membayarnya dan anda berfikir yang anda tidak cukup wang untuk membayar semua bil anda. Jika anda kekal dengan reaksi pertama anda itu, anda akan hanya menarik lebih kemiskinan. Jadi, anda harus tanya diri anda jika anda boleh melihat situasi ini secara berlainan.

Lihat apakah yang anda beli dengan menggunakan kad kredit. Adakah anda suka dengan barang tersebut atau mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang anda bayar? Semestinya anda suka. Jika anda perlu membayar untuk suatu pembaikan kereta anda, anda jadi lebih selamat.

Sama juga seperti bil-bil rumah anda. Anda menggunakan elektrik untuk menerangi bilik, memasak, menonton televisyen dan mendengar muzik. Anda menggunakan telefon dan internet untuk menghubungi rakan-rakan anda, mencari maklumat dan menyediakan hiburan kepada anda. Hutang rumah atau sewaan rumah anda, memberi tempat untuk anda berteduh.

Dengan itu, selain daripada merungut tentang bil-bil anda, bersyukurlah terhadap apa yang anda nikmati selama ini.

3.  Kenalpasti  Nikmat

Anda mesti terfikir yang mana anda diberi rezeki yang sedikit dalam kehidupan anda, namun anda boleh mencarinya. Juga apabila anda tidak mempunyai banyak wang, rumah besar atau kereta mewah, anda mempunyai kelimpahan rezeki daripada banyak sudut. Anda mungkin mempunyai ramai kawan dan mungkin anda mempunyai banyak makanan dan minuman.

Anda ada cuaca yang baik dan apabila hujan turun, ia memberi anda air minuman, kehijauan padang , pokok buah-buahan dan bunga berwarna-warni untuk berkembang yang akan menjadi makanan anda.

Jika anda tidak dapat mengenalpasti, anda ada banyak udara yang anda sedut setiap masa setiap hari. Ia membuatkan anda terus hidup sehingga kini.

Apabila anda mengenalpasti nikmat, anda perlu mula menghargainya dan bersyukur. Kemudian anda akan menarik lebih kenikmatan dalam kehidupan anda. InsyaAllah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *