Dah tetapkan matlamat untuk tahun ini?

Apa perkembangan kita dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan?

Masa terus berlalu dengan pantas. Manfaatkan masa yang ada untuk masa akan datang. Jangan biarkan ia berlalu begitu saja.

Malangnya, ramai yang gagal dalam pencapaian matlamat mereka.

Berikut adalah 5 faktor kegagalan yang sentiasa terjadi terhadap kebanyakan orang.

 

  1. Matlamat Tidak Jelas

Contoh matlamat yang tidak jelas adalah:

“Saya nak bebas kewangan”

Ayat di atas terlalu umum. Berapa jumlah wang yang diperlukan untuk bebas kewangan?

Perlu buat kira-kira berapa banyak jumlahnya.

Jadi, perlu diubah seperti contoh berikut:

“Saya memiliki wang berjumlah RM 300,000dalam akaun bank saya pada 31.12.2018.”

Ini baru jelas dan spesifik.

 

  1. Tiada Tindakan

 

Bila dah tetapkan matlamat, tiada tindakan terhadap matlamat tersebut… bila nak capai?

Inilah kegagalan yang sebenar.

Sebaiknya, rancanglah tindakan bagaimana langkah demi langkah untuk menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Lebih baik bergerak perlahan daripada tak bergerak langsung.

Tetapi lebih baik bergerak pantas daripada bergerak perlahan.. :). Baru cepat sampai ke destinasi.

 

  1. Suka Bertangguh

Mula-mula aje semangat, lepas tu dah lemau, tangguh dulu…katanya nak sambung kemudian.

Mujurlah kalau sambung…kalau tak, memang hangat-hangat tahi ayam aje.. hehe

Apabila melakukan sesuatu kerja, perlukan FOKUS yang tinggi, buat sampai siap.

Kemudian barulah buat kerja yang lain.

 

  1. Kurang ilmu

Orang yang berjaya sentiasa upgrade diri ke tahap yang lebih tinggi.

Contoh..kalau kita ada Diploma, gajinya sekian RM sebulan.

Jika ada Degree, gajinya sekian RM..

Master pula sekian RM…lebih banyak

PHD pula sekian RM…lebih banyak

Dengan penambahan ilmu, hasil yang kita dapat akan bertambah juga. Inshaa Allah.

Sentiasa menambah ilmu dalam bidang yang kita ceburi. Jangan berhenti belajar ye.

 

  1. Tidak Tahu Potensi Diri

Ramai yang masih tidak mengambil berat tentang perkara ini. Daripada kajian, sebanyak lebih kurang 70% golongan bekerja yang salah bidang kerjaya, kerana mereka tidak tahu Potensi- Kekuatan yang mereka ada.

Ramai yang ingin jadi usahawan, tetapi adakah mereka layak dengan potensi yang mereka miliki? Ramai yang tidak tahu, akhirnya mereka gagal dalam perniagaan.

Begitu juga ketika ingin memilih bidang Kursus di Universiti/ Kolej, mereka memilih mengikut minat mereka sendiri, tanpa mengkaji apa sebenar bakat dan potensi yang mereka ada. Ini yang menyebabkan tersalah bidang dan kerjaya kelak. Rugi masa dan wang saja…

Sebaiknya, check dulu kekuatan diri yang memang ada dalam diri kita. Ada beberapa cara untuk mengenal potensi diri.. dah banyak yang saya cuba…cuma yang terbaik dan tepat adalah melalui kaedah Analisis Biometrik.

Kenapa perlu buat Analisis ini?

Sila baca untuk info lanjut, klik sini> POTENSI DIRI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *