Adakah anda inginkan kerjaya yang boleh memberi anda banyak masa untuk keluarga dan mempunyai wang yang banyak? Adakah anda mengidamkan kebebasan kewangan? Ini adalah masanya untuk anda mula menarik kekayaan menjadi realiti hidup anda. Tiada rahsia untuk menarik kekayaan dalam kehidupan anda. Sebenarnya, dengan menambah beberapa langkah mudah ke dalam rutin anda setiap hari, anda boleh merubah hidup anda ke arah kekayaan.

 

1. Kenalpasti visi anda

Apakah yang anda inginkan daripada kehidupan anda? Samada visi anda menarik kekayaan dengan memiliki rumah banglo besar di tepi pantai atau hidup bebas daripada hutang, cara terbaik untuk menarik kekayaan adalah strategi untuk mengenalpasti matlamat anda. Anda boleh mulakan hari ini. Tuliskan segala yang anda mahukan dalam kehidupan anda. Buat senarai matlamat yang akan membantu anda masuk dalam minda anda yang mana perlu untuk menarik kekayaan.

 

2. Uruskan Wang Anda

Apabila kita tersekat dalam belenggu kemiskinan, tindakan yang biasa kita buat adalah dengan elakkan daripada melihat akaun bank, melainkan apabila sangat diperlukan. Satu-satunya aspek penting dalam kekayaan adalah dengan mengawal kewangan anda. Kenalpasti berapa yang anda hutang dan berapa yang anda perolehi. Bincanglah dengan perancang kewangan untuk mendapatkan status kewangan yang baik.

 

3. Hasilkan emosi tarikan kekayaan

Anda harus merasakan dengan penuh emosi apabila membayangkan tentang kekayaan. Secara tidak langsung, tarikan kekayaan bertindak. Menurut hukum tarikan, emosi positif yang kuat akan menarik tindakan positif yang kuat.

 

4. Visualisasi menarik kekayaan

Pada hakikatnya, pakar-pakar menyarankan supaya merekacipta “impian” atau papan “visi”. Dengan menggunakan papan buletin atau papan poster, tampalkan gambar-gambar gaya hidup yang anda inginkan. Ia boleh diambil daripada majalah, suratkhabar, poster dan sebagainya. Letakkan papan itu ke tempat yang anda selalu nampak, yang mana anda  boleh sentiasa melihatnya setiap hari.

 

5. Ambil Tindakan

Mengambil tindakan bermaksud yang anda melabur masa anda kepada strategi tarikan kekayaan. Contohnya, ambil masa 5-10 minit setiap hari untuk melakukan visualisasi yang anda sedang memandu kereta mewah idaman.

 

6. Tingkatkan fleksibiliti anda

Untuk menarik kekayaan, anda akan perlu untuk mengembangkan status kewangan anda. Ini bermakna anda tidak boleh hanya bergantung kepada gaji bulanan sahaja untuk menarik kekayaan. Dengan membuka mata anda, anda akan melihat peluang berada di sekeliling anda.

 

7. Kongsikan kekayaan anda

Jika anda baru mula ingin menarik kekayaan, ia agak sukar untuk menunjukkan kemurahan hati apabila kehidupan anda bergantung kepada gaji bulanan. Ini adalah masa untuk mengubah minda anda. Menjadi pemurah adalah lebih mudah daripada apa yang anda fikirkan. Letakkan baki wang anda di dalam bekas khas dan apabila bekas itu penuh, dermakan kepada pusat kebajikan. Ambil pakaian yang tidak digunakan lagi dan serahkan kepada mereka yang memerlukan. Luangkan masa membantu jiran-jiran membersihkan taman kediaman. Ingat, hukum tarikan menunjukkan apabila anda mengeluarkan getaran positif, anda akan mendapat perkara/benda positif.

 

Menarik kekayaan adalah lebih mudah berbanding daripada apa yang anda fikirkan. Pilih salah satu daripada langkah di atas dan mula lakukannya sekarang. Pada hari berikutnya, lakukan langkah yang lain sehinggalah menjadi rutin harian anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *