Allah SWT berfirman dalam Surah Ibrahim (ayat 7):

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras“.

Daripada ayat di atas, memang jelas dinyatakan bahawa jika kita bersyukur, Allah SWT akan menambah nikmatNya kepada kita. Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak nikmat yang diberikanNya. Bagaimana cara-cara bersyukur? Di antaranya ialah:

1.  Bersyukur melalui lidah

Bersyukur melalui lidah adalah dengan cara mengikrarkan Allah SWT dengan ketinggian dan kebesaranNya serta mengakui keperluan seluruh makhluk kepada pemberian dan kurniaan-Nya. Sentiasalah mengingatiNya dengan bertasbih, bertahmid dan bertakbir.

2.  Bersyukur melalui perbuatan

Terlalu sedikit orang yang melakukannya berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Saba’ (ayat 13) yang bermaksud:

Bekerjalah wahai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah) dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang berterima kasih.

Ramai yang tidak bersyukur kerana mereka tidak mengetahui akan kenikmatan yang diberi oleh Allah SWT. Pada hakikatnya, terlalu banyak nikmat yang diberikanNya. Antara nikmat yang paling besar adalah bernafas. Jika manusia tidak bernafas, maka tamatlah riwayat hidup mereka. Dengan itu, syukurlah dengan mematuhi segala yang diperintah oleh Nya dan jauhi laranganNya.

3.  Bersyukur atas nikmat

Ini adalah merujuk firman Allah SWT di permulaan artikel ini di atas di mana nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT perlu disyukuri supaya nikmat akan bertambah-tambah. Orang yang dikurniakan nikmat harta dan kekayaan hendaklah menunaikan hak kepada orang miskin dengan cara memberi sedekah.

Orang yang dikurniakan Allah SWT sesuatu ilmu hendaklah bersyukur dengan mengajar orang lain. Orang yang dikurniakan pangkat yang tinggi di dunia ini hendaklah bersyukur dengan memehuhi keperluan orang lain dan memberi bantuan dalam menyelesaikan masalah mereka.

Dari sudut Hukum Tarikan pula, bersyukur adalah salah satu daripada teknik yang mana apabila kita dalam keadaan bersyukur, kita menghasilkan getaran kesyukuran yang positif dan akan dipancarkan untuk menarik perkara-perkara positif datang kepada kita. Letakkan emosi dan energi yang tinggi dalam kesyukuran supaya tarikan positif terhadap diri anda menjadi lebih hebat.

Bagaimana cara untuk meletakkan emosi dan energi dalam kesyukuran? Di antara cara terbaik adalah dengan menulis sebanyak mungkin apakah yang anda rasa bersyukur. Lakukan aktiviti ini setiap hari supaya momentum getaran positif sentiasa dipancarkan dan mendapat hasil positif yang konsisten.

Di antara contoh-contoh kesyukuran adalah:

  • Saya bersyukur kerana masih bernafas dan masih hidup
  • Saya bersyukur kerana tubuh badanku sihat
  • Saya bersyukur kerana keluarga juga sihat
  • Saya bersyukur kerana ada cukup makanan untuk keluarga
  • Saya bersyukur kerana ada kenderaan untuk bergerak ke mana sahaja
  • Saya bersyukur kerana rezeki datang mencurah-curah.
  • Saya bersyukur kerana perniagaan mendapat keuntungan
  • Saya bersyukur kerana mendapat gaji hari ini
  • Saya bersyukur kerana ada kawan belanja makan hari ini
  • Saya bersyukur kerana mendapat hadiah cabutan bertuah
  • Dan banyak lagi yang kita harus bersyukur….

Bersyukur adalah salah satu daripada teknik dalam Hukum Tarikan untuk menarik kejayaan, kekayaan, kebahagiaan, kesenangan, kesihatan dan apa sahaja keinginan kita. Banyak lagi maklumat tentang Hukum Tarikan boleh diperolehi di http://www.RahsiaTarikan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *