Rahsia Rezeki Melimpah Seperti Hujan Lebat

”’Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. “
( Nuh: 10-12).
Ayat tersebut menerangkan cara untuk mendapat rezeki iaitu dengan beristighfar. Ayat tersebut mengandungi keterangan seperti berikut:
a. Ampunan Allah terhadap dosa-dosanya. Berdasarkan firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. ”
b. Diturunkannya hujan yang lebat oleh Allah. Ibnu Abbas radhiallaahu anhu berkata: “adalah (hujan) yang turun dengan deras.”
c. Allah akan membanyakkan harta dan anak-anak. Dalam menafsirkan ayat ini, Atha’ berkata: “Nescaya Allah akan membanyakkan harta dan anak-anak kamu ”.
d. Allah akan menjadikan untuknya kebun-kebun.
e. Allah akan menjadikan untuknya sungai-sungai. Imam AlQurthubi berkata: “Dalam ayat ini, juga disebutkan dalam (surah Hud) adalah dalil yang menunjukkan bahawa istighfar merupakan salah satu cara untuk meminta diturunkannya rezeki dan hujan.”
hujan
Al-Hafizh Ibnu Katsir dalam Tafsirnya berkata: “Maknanya, jika kamu bertaubat kepada Allah, meminta ampun kepadaNya dan kamu sentiasa mentaati-Nya nescaya Allah akan membanyakkan rezeki kamu dan menurunkan air hujan serta keberkahan dari langit, mengeluarkan untuk kamu berkah dari bumi, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan untuk kamu, melimpahkan air susu perahan untuk kamu, membanyakkan harta dan anak-anak untuk kamu, menjadikan kebun- kebun yang di dalamnya bermacam-macam buah-buahan untuk kamu serta mengalirkan sungai-sungai di antara kebun-kebun itu (untuk kamu).”
Diriwayatkan bahawa Amirul mukminin, Umar bin Khattab juga berpegang dengan apa yang terkandung dalam ayat-ayat ini ketika beliau memohon hujan dari Allah.
Muthrif meriwayatkan dari Asy-Sya’bi: “Bahawasanya Umar keluar untuk memohon hujan bersama orang ramai. Dan beliau tidak lebih dari mengucapkan istighfar (memohon ampun kepada Allah) lalu beliau pulang. Maka seseorang bertanya kepadanya, “Aku tidak mendengar tuan memohon hujan,. Maka dia menjawab, “Aku memohon diturunkannya hujan kepada yang menjadikan langit yang dengannya diharapkan bakal turun air hujan. Lalu beliau membaca…
”Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. ” (Nuh: 10-11).
Imam Al-Hasan Al-Bashri juga memberi nasihat istighfar (memohon ampun) kepada setiap orang yang melaporkan kepadanya tentang musim kekeringan, kefakiran, sedikitnya keturunan dan ketandusan tanam-tanaman.
Imam Al-Qurthubi menyebutkan dari Ibnu Shabih, bahawasanya dia berkata:
“Ada seorang lelaki datang kepada Al-Hasan Al-Bashri dan melaporkan tentang kekeringan(bumi) maka beliau berkata kepadanya, “Beristighfarlah kepada Allah!” Yang lain mengadu kepadanya tentang kemiskinan maka beliau berkata kepadanya, “Beristighfarlah kepada Allah!” Yang lain lagi berkata kepadanya, “Doakanlah (aku) kepada Allah, agar memberiku anak!” Maka beliau mengatakan kepadanya, “Beristighfarlah kepada Allah!” Dan yang lain lagi mengadu kepadanya tentang kekeringan kebunnya maka beliau mengatakan (pula) kepadanya, “Beristighfarlah kepada Allah!”
Dalam riwayat lain disebutkan: “Maka Ar-Rabi’ bin Shabih berkata kepadanya, “Banyak orang yang mengadukan bermacam macam (perkara) dan tuan memerintahkan mereka semua untuk beristighfar.’ Maka Al-Hasan Al-Bashri menjawab, “Aku tidak mengatakan hal itu dari diriku sendiri. Tetapi sungguh Allah telah berfirman dalam surah Nuh:
“Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anakanakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai~sw1gai. ” (Nuh: 10-12).
Allahu Akbar! Betapa agung, besar dan banyak buah dari istighfar! Ya Allah, jadikanlah kami termasuk hamba-hambaMu yang pandai beristighfar. Dan kurniakanlah kepada kami buahnya,  di dunia mahupun di akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan.
Aamiin. Wahai Yang Maha Hidup dan terus menerus mengurus Makhluk-Nya.
Sila share jika bermanfaat. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *