Letih Mencari Rezeki?

Dalam mencari rezeki, ada orang yang bekerja sampai 
tak lena tidur dan makan tak kenyang. Bukan hanya
siang, dia terus bekerja sehingga ke malam.
Seluruh anggota keluarga ikut mencari rezeki- suami,
isteri dan anak yang dipaksa untuk mencari rezeki.
Mereka mengejar rezeki dengan segala daya upaya.
Namun apa yang diusahakan setengah mati itu,
tak kunjung tiba, atau yang diperoleh tak sebanding
dengan usaha yang dikeluarkannya. 
Kadang-kadang kita sampai putus asa.
Fikiran kita kadang-kadang menjadi buntu, bahkan
ada yang timbul keinginan untuk menggantung diri.
Nauzubillah min zalik…
Ada pula di antara kita yang tidak putus asa, tetapi
berusaha terus meskipun dalam keadaan payah
dan rumit, walaupun dalam keadaan muflis, dia
bangkit sendiri sehingga mencapai kebebasan
yang dikehendakinya, dengan usaha sendiri.
Cuba perhatikan hadis berikut, inilah jawapan yang
mungkin kita tercari-cari selama ini…
Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa mempunyai suatu keperluan, lalu
dihubungkannya kepada manusia, meminta tolong
kepada sesama manusia, adalah selayaknya
keperluan itu tidak mudah dicapai. Tetapi barang-
siapa yang menghubungkan keperluannya itu kepada
Allah, meminta tolong kepada-Nya, tentu Allah
mendatangkan kepadanya rezeki yang segera
atau memberi umur yang panjang.”
(HR Ahmad)
Walau apapun keperluan kita, hendaklah kita
hubungkannya kepada Yang Maha Kuasa,
hanya Dia yang boleh membantu kita.
Inshaa Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *