7 Tip Membuka Pintu Rezeki

Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezeki. Siapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan.

Koin Emas

Berikut 7 tips membuka pintu rezeki:
1.Banyakkan beristighfar

Nuh:10-12, ”Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu. Sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu. Dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu”

2.Doa murah rezeki yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…

3. Selawat Murah Rezeki

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Allaahumma solli ‘alaa sayyidina Muhammad solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak watuhassinu bihaa lanal akhlaak wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim

Ya Allah.. rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad Rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya

Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi s.a.w..Mudah-mudahan berkat selawat ke atas Nabi ini diluaskan dan dilapangkan rezeki..

 

4. Ayat Seribu Dinar

ayat-seribu-dinar

Wa mayyataqillaha yajj’allahu makhroja Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib,
Wamayyatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu.Innallah baalighul amrih.Qod ja’allahu
Likulli syai’in qodro

 

 

Kaedah beramal:

Amalkan setiap kali selepas solat fardu. Baca sebanyak 7 kali.

P\S:Ramai peniaga yang menggantung ayat ini di premis perniagaan agar perniagaannya maju.Cara ini salah..Nak murah rezeki/maju dalam perniagaan bukan dengan gantung ayat 1000 dinar di premis perniagaan tapi kaedahnya ialah istiqamah membacanya sebagai amalan harian berserta tingkatkan ketakwaan kepada Allah..

 

5. Banyak Bersedekah

Salah satu tips kunci rezeki adalah bersedekah..Cara ini juga berkesan seperti tips-tips yang disebutkan di atas..Inilah kunci rahsia kekayaan ahli-ahli korporat muslim seperti Tan Sri Syed Bukhari..Sedekah adalah satu amalan yang ajaib,kerana semakin banyak kita bersedekah semakin Allah tambahkan lagi kekayaan kepada kita..tapi bersedekah itu mesti niat kerana Allah(ikhlas)

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَلَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَـعِفُ لِمَن يَشَآءُ وَاللَّهُ وَسِعٌ عَلِيمٌ

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al Baqarah: 261).

 

6. Berbakti kepada Ibu Bapa

Antara amalan yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya ialah berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa.

 

7. Melazimi Membaca surah al Waqi’ah

Diriwayatkan Sa’ad bin Abi waqas seorang Nabi s.a.w yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya di infaqkan ke jalan Allah

Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin waqas:”Kamu tak bimbang ke nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?”

Jawabnya:”Aku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik dari harta yang mereka tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.

Ditanya kepada”Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?”

Jawabnya: ”Aku tinggalkan kepada anak-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan surah al waqi’ah”.

Nak lagi TEKNIK MENJEMPUT REZEKI?

Perkongsian teknik-teknik tarikan rezeki dengan Hukum Tarikan (Law of Attraction), cara saintifik dan islamik.

Sila klik sini>>> TARIKAN REZEKI <<<

 

Nak Ebook Koleksi Doa Mustajab?

doarezekiphoto

Sila masukkan detail di bawah, ebook akan dihantar melalui email:

2 thoughts on “7 Tip Membuka Pintu Rezeki

  1. Jika kamu bersyukur, niscaya Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku sangat keras. Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, juga mengandung fadilah khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *