Sunnatullah Mencari Rezeki

Allah SWT memberi rezeki kepada burung,
tetapi Dia tidak melemparkannya ke dalam
sarang burung.
Dia menetapkan  bahawa burung itu mesti
berusaha mencari rezekinya. Sebab itulah
setiap burung terbang keluar pada waktu
pagi untuk berikhtiar mencari rezekinya
dan pulang pada waktu petang dalam
keadaan perut kenyang.
Inilah Sunnatullah.
Kita sebagai manusia juga tidak akan terlepas
dari sunnatullah ini. Jika kita ingin memperoleh
rezeki yang banyak, kita harus gigih berusaha.
Kita mesti bergerak aktif menjemput rezeki kita.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib
mereka sendiri..” (Ar-Ra’d:11)
Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya sesuai
dengan kualiti ikhtiarnya. Jadi, jika usaha kita
cuma secawan, jangan mimpi nak dapat sebaldi.
Kita tidak akan mampu menanggungnya nanti.
Sikap terbaik yang harus kita lakukan adalah
gigih berikhtiar menjemput rezeki, diiringi
dengan doa dan tawakal kepada Allah SWT.
Kita serahkan sepenuhnya kepada Nya.
Sungguh Allah Maha Luas kurnia Rezeki-Nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *