Kebahagiaan Tidak Perlu Dicari

Dan ingatlah pesan Tuhanmu, “Sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmat ku, kepada mu jika kamu kufur dan ingkar, sesungguhnya azab Ku amatlah keras.”

(Surah Ibrahim : 7)

Pesan para bijaksana; Rasa kebahagiaan jiwa mudah dicapai apabila kita bersyukur padaNya. Bagaimana syukur mampu menjadikan hidup anda bahagia. Rasa bersyukur mampu menyimpan rahsia terbesar bagaimana menjalani kehidupan yang “wonderful”. Hidup penuh cinta, kesihatan luar biasa dan fikiran positif walaupun masalah menerpa setiap hari. Kerana itu para ulama menasihatkan kita bahawa sikap syukur adalah aspek penataan hati yang perlu kita hadirkan jika inginkan kehidupan yang penuh mukjizat.

Kebahagiaan rupanya tidak perlu di cari. Ia sudah ada di depan mata. Kita sekurangnya memiliki beberapa perkara yang jika direnungkan akan membuatkan kita rasa bahagia dan selalu ceria yang penting kita perlu belajar mengubah pandangan hidup, dan melihat segalanya dari kaca mata “tiada” kepada melihatnya menerusi teropong syukur. Jika ia sudah di kuasai, kita akan mudah faham mengapa Nabi Sulaiman meminta Tuhan ajari baginda cara bersyukur.

Tetapi mengapa manusia jarang bersyukur? Normalnya, setiap manusia akan mensyukuri perkara baik yang di perolehinya. Ramai yang suka bersungut, menyalahkan, dan bersikap negatif. Soalnya mengapa kita mudah lupa bersyukur?

Jika di selidiki, ia berpunca dari dua perkara iaitu apa yang kita fokuskan dan keinginan untuk membanding diri.

The law of focus adalah satu tabiat umum di mana manusia akan fokus kan perhatian tenaga serta fikiran terhadap suatu perkara samada positif atau negatif. Selalunya, minda manusia kurang bersyukur akan menumpukan pada perkara negatif.

5 teknik berlatih bersyukur untuk mendapatkan kebahagiaan:

  • Latih diri untuk bersyukur setiap saat, hatta nikmat terkecil.
  • Latih diri untuk mudah berterima kasih.
  • Latih diri untuk mudah memberi.
  • Latih diri untuk menyantuni mereka yang kurang bernasib baik.
  • Latih diri untuk bersyukur dengan memperbanyakkan ibadah dan amal soleh.

Akhir kata, bersyukurlah… kebahagiaan akan datang kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *