4 Sumber Rezeki

Semua orang tahu rezeki yang Allah berikan tidak terhad kepada harta benda sahaja, malah termasuklah kesihatan, kebahagiaan dan jiwa yang tenang.
Anda selalu fikirkan tentang rezeki yang kurang atau sempit, sentiasa ada masalah seperti kewangan, kesihatan, kebahagiaan atau sebagainya,
Dalam Al-Quran, Allah SWT menyatakan 4 sumber rezeki:

1: Rezeki yang dijamin oleh Allah

“Tidak suatu binatang pun (termasuk manusia) yang bergerak diatas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya.”

(Hud: 6).

Ertinya Allah akan memberikan kesihatan, makan, minum untuk seluruh makhluk hidup di dunia ini. Setiap makhluk di dunia ini Allah telah jamin rezekinya, sama ada sikit atau

banyak kita hendaklah bersyukur.
2: Rezeki Hasil Dari Usaha yang dilakukan

“Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya” (An-Najm:39)

Ini menunjukkan bahawa Allah akan memberikan rezeki dengan usaha yang telah makhluknya lakukan. Sebagai contoh, jika anda bekerja dua jam, dapatlah hasil yang dua jam. Jika kerja lebih lama, lebih rajin, lebih berilmu, lebih sungguh-sungguh, ia akan mendapat lebih banyak.

Maka berusahalah untuk anda mendapat rezeki yang lebih yang Allah janjikan.

3: Rezeki lebih bagi orang-orang yang pandai bersyukur

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan;

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”
(Ibrahim:7)

Rezeki ini Allah berikan kepada umatnya yang disayangi Nya iaitu orang-orang yang bersyukur dan dapat merasakan kasih sayangNya. Itulah Janji Allah! Orang yang pandai bersyukurlah dapat hidup bahagia, sejahtera dan tenteram.

Usahanya akan sangat berjaya kerana Allah pasti akan memberikan lebih banyak Rezeki, inshaa Allah.

4: Rezeki yang tidak di sangka-sangka

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan

(keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu” (Surah At-Thalaaq: 2 -3)

Rezeki ini akan diberikan Allah kepada hamba-Nya yang bertakwa. Allah SWT berikan rezeki ini kerana kecintaan Allah SWT kepadanya.

Tidak semua orang akan mendapat rezeki ini dengan mudah, anda perlu banyakkan amalan dan bertakwa kepada Allah serta banyak berdoa untuk mendapatkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *