Hukum Tarikan boleh digunakan untuk menarik kesihatan yang baik dan sempurna. Jika anda mengalami keadaan kurang sihat dan ingin memperoleh kesihatan yang lebih baik, berikut adalah tip-tip yang berguna:

1.  Anda harus mengubah cara pemikiran anda. Orang yang sakit, biasanya dia akan fikir tentang kesakitan yang dialaminya di sepanjang hari. Ia adalah pemikiran dominan dalam mindanya. Lebih banyak anda fikir tentang sesuatu dengan penuh perasaan, maka lebih banyak ia akan datang kepada anda. Lebih banyak fikir tentang kesakitan, maka lebih teruk kesakitan itu.

2.  Lepaskan perasaan itu dan lakukan aktiviti lain yang boleh mendatangkan kegembiraan kepada anda untuk menggantikan pemikiran negatif ini seperti menonton video, membaca atau bersembang dengan rakan-rakan. Pastikan aktiviti yang anda buat itu adalah apa yang anda suka dan minat.

Apabila anda gembira, anda menghantar getaran positif ke alam semesta. Anda menghantar mesej yang anda sedang dalam keadaan gembira dan bebas daripada tekanan. Dengan itu, anda akan dapat lebih kegembiraan. Selalulah menonton komedi, membaca cerita kelakar dan berborak dengan rakan atau keluarga yang boleh membuatkan anda ketawa.

3.  Anda harus percaya bahawa anda akan sembuh. Perlu diingatkan bahawa apabila berfikir tentang kesembuhan, ia memerlukan kepercayaan terhadapnya. Anda perlu menguatkan kepercayaan yang anda boleh sembuh dengan izin-Nya.

Bayangkan diri anda sentiasa dalam keadaan sihat. Apabila anda mempunyai masa lapang, baring dan pejamkan mata anda dan bayangkan diri anda yang sihat dan menjalani kehidupan ini dengan baik sekali. Fikir tentang situasi di mana anda sedang bersenam, jogging atau bekerja di pejabat dengan penuh kegembiraan. Bayangkan anda sedang bermain dengan anak-anak atau sedang bersukan bersama rakan-rakan anda. Rasakan yang anda ada kesihatan yang sempurna.

4.  Apabila anda melakukan latihan visualisasi ini dengan kepercayan sedekimian, anda haruslah gembira dengan senyuman, memikirkan tentang keadaan anda yang baru.

5.  Anda perlu bercakap seperti orang yang sihat. Lebih kuat anda percaya yang anda sihat,  lebih cepat anda akan membuang kesakitan itu. Keyakinan diri juga amat penting.  Apabila anda membayangkan dan memaksa diri anda untuk mempercayai sesuatu, disertakan dengan keyakinan diri yang tinggi, suatu yang ajaib akan berlaku pada diri anda.

6.  Apabila anda bercakap pada diri anda berulang-ulang, secara tidak sedar minda anda akan menerima kepercayaan itu. Ini adalah mengapa kepercayaan dan keyakinan diri sangat penting. Hukum Tarikan akan bertindak dengan kepercayaan anda itu. Dengan itu, mulakan dengan bercakap perkara-perkara positif tentang keinginan anda.

Dengan menggunakan 6 langkah di atas, anda boleh menarik kesihatan yang baik kepada diri anda. Semuanya bermula dalam minda anda. Insya Allah…anda boleh menarik apa yang anda inginkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *