Sebagai Pengurus, staf anda melihat anda sebagai tempat rujukan dan juga kepimpinan, jadi mereka tahu ke mana hala tuju suatu matlamat. Walau bagaimanapun, kita semua adalah manusia biasa. Kita semua dipengaruhi oleh tekanan hari demi hari yang kita tidak boleh terlepas daripadanya. Kehidupan ini kadang-kadang boleh membuatkan kita jatuh, namun lambat laun kita bangkit semula. Kadang-kadang ia berlaku dengan pantas, ada juga yang lambat berlaku. Terdapat satu perkara yang cukup berkesan yang mana kita selalu terlepas pandang. Ia adalah berfikiran positif.

Pemikiran positif boleh membantu anda merealisasikan suatu yang anda rasa mustahil. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu mengekalkan sikap positif.

Kenalpasti pemikiran supaya ianya sempurna, tanpa menjangka tentang hasilnya. Setiap kali anda memikirkan suatu, perhatikan tentang pemikiran itu dan lihat sekiranya ia berjaya diatasi. Anda akan terkejut melihat bahawa ada cara lain untuk menyelesaikan suatu tugas pada suatu masa tertentu. Jika anda tidak suka hasilnya, ambillah penyelarasan yang sesuai untuk mengubah situasi itu. Kegagalan tidak semestinya adalah perkara yang negatif. Gunakan kegagalan itu untuk belajar dan berkembang serta tidak melakukan perkara yang sama lagi.

Masukkan unsur jenaka pada permulaan pemikiran dan ketawalah. Anda akan mendapati diri anda rasa seronok. Jenaka adalah amat menarik. Orang yang tertekan dan negatif boleh jadi seronok dan riang. Anda menjadi daya motivasi untuk staf-staf anda.

Ada bos yang suka marah-marah walaupun kerana suatu perkara yang tidak masuk akal. Jadi, apabila staf mendengar, mereka tertawa. Kehidupan ini menjadi sangat pendek apabila seseorang bersikap serius selalu. Pada suatu waktu dan masa, kita memerlukan suatu untuk mengembirakan hati.

Ada orang yang berfikiran bahawa semua benda dalam hidupnya adalah teruk belaka. Walaubagaimanapun, pemikiran negatif menarik hasil negatif. Pemikiran positif menarik hasil positif. Orang negatif menarik orang negatif dan orang positif menarik orang positif. Ia adalah prinsip yang mudah. Jadi, fikir-fikirkanlah. Jika anda ada sikap positif, secara asasnya anda boleh lakukan apa sahaja. Semuanya bergantung kepada apa yang anda fikirkan. Daripada pemikiran, datanglah perasaan dan terus kepada tindakan. Kemudian, datanglah hasilnya. Semua yang berlaku adalah daripada keizinan Allah S.W.T.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *