Pernahkah anda menginginkan sesuatu? Pernahkah anda rasa yang ada sesuatu yang tak kena pada diri anda tetapi anda tidak mengetahuinya? Pernahkah anda menuju kepada matlamat anda dan kemudian tidak kesampaian. Seperti ramai orang yang cepat berputus asa dan putus harapan bagi memperbaiki kehidupan mereka. Subjek pembangunan diri adalah salah satu aspek yang sangat penting, namun terdapat banyak lagi yang perlu diketahui. Lagipun, ia adalah langkah pertama yang memberikan perubahan yang baik dalam kehidupan kita. Walau bagaimanapun, ia adalah penting untuk memulakan dengan teknik yang memberikan anda tapak atau asas yang mudah untuk pelajari. Jika seseorang menawarkan anda suatu sistem, adakah anda ingin mengikutinya atau meninggalkannya separuh jalan?

 

Kuasa berfikiran positif adalah sesuatu yang telah diketahui umum secara meluas, walaupun ramai yang sentiasa lupa tentangnya. Jelasnya, orang yang tertekan akan melihat dunia ini lebih realistik apabila mengambilkira keadaan sekarang manakala orang yang optimis tidak mempunyai pandangan yang realistik. Ini adalah kerana orang yang tertekan melihat dirinya dalam keadaan tertekan hari ini dan mengembangkan pandangan itu kepada masa hadapannya. Keadaan tertekan ini akan membawa kepada kekecewaan.

 

Orang yang optimis, menggunakan teknik berfikiran positif dengan melihat potensi pada setiap benda atau perkara. Dia mencipta keadaan masa hadapannya yang membawanya maju ke hadapan dan menyediakan motivasi dirinya sendiri. Dia memberikan dirinya matlamat dan keinginan yang jelas yang mana akan memberi kuasa tindakan. Dia juga mempunyai cabaran seperti matlamat yang tidak realistik. Cabaran ini memaksa perkembangan, yang merupakan kunci kepada kebahagiaan sebenar, malah memantapkan lagi sikap optimis ke arah matlamatnya. Dengan berbekalkan imaginasi yang kuat, orang yang optimis akan mencipta masa hadapannya sendiri.

 

Seperti yang ramai orang telah ketahui, kuasa pemikiran positif adalah alat yang amat bernilai, satu-satunya yang digunakan untuk merubah hidup seseorang dan menjadikan impian menjadi realiti. Kepada sesiapa yang boleh mengikuti dengan konsisten terhadap 4 prinsip asas berikut selama beberapa bulan dan kekal sampai bila-bila, insyaAllah perubahan akan berlaku dalam kehidupan mereka:

 

1)      Anda bukan personaliti anda.

Personaliti anda adalah bukan anda. Anda sekarang memang berlainan daripada zaman kanak-kanak dulu. Ya, mungkin ada sedikit persamaan, namun apa yang anda lakukan, hari demi hari, adalah bukan personaliti anda. Melainkan personaliti yang anda maksudkan adalah himpunan tabiat anda yang membentuk pengalaman anda. Bayangan personaliti anda boleh mempengaruhi hidup anda kerana ia mengenalpasti apakah yang anda akan lakukan dan apakah yang anda tidak sanggup lakukan. Ada seorang perempuan yang rasa tidak boleh menjadi jurucakap yang efektif kerana dia rasa malu di sepanjang hidupnya. Ini adalah tidak benar. Dia hanya perlu belajar bagaimana untuk menjadi jurucakap yang efektif serta professional.

Untuk menjadi efektif dalam pemikiran positif, anda mesti terima bahawa walau apa pun usia anda, anda boleh berubah. Anda boleh jadi apa yang anda inginkan. Selalunya kita ingin melakukan sesuatu yang baru dengan apa yang kita rasa selesa dengannya. Kita memberitahu kepada diri kita yang kita tidak boleh melakukan aktiviti payung terjun. Keinginan yang bertentangan ini adalah sangat penting. Anda perlu memberi perhatian terhadapnya dan jadikannya realiti. Ia adalah cara minda anda meningkatkan pendedahan kepada benda-benda baru, untuk memecahkan sangkar yang dipanggil sebagai personaliti.

Hari ini, ambil satu perkara yang akan tidak pernah buat tetapi anda selalu ingin tahu mengenainya. Buatlah senarai aktiviti untuk satu bulan yang mana anda rasa tidak mampu melakukannya. Contohnya berlari marathon, sertai kelab drama/kebudayaan, mendaki gunung dan sebagainya. Anda akan rasa kagum bagaimana anda rasa hebat dan ia akan memberi anda motivasi yang lebih untuk bergerak maju ke hadapan.

 

2)      Pelajari bagaimana untuk memotivasi diri anda

Ramai di antara kita merasakan bahawa hidup kita ini mengikut takdir. Pada hari yang baik, kita akan lakukan dengan baik dan pada hari yang tidak baik, kita menjadi lemah, tiada motivasi dan melengah-lengahkan untuk mencapai matlamat. Anda mesti terima konsep di mana hari anda adalah dalam kawalan anda. Anda boleh memilih untuk melakukan sesuatu dalam kehidupan anda. Anda boleh rancang aktiviti anda. Jika ada isu atau masalah yang datang, anda boleh cari jalan untuk menyelesaikannya.

Ramai daripada kita, terutamanya yang baru dalam pembangunan diri, emosi kita yang mengawal hidup kita. Ataupun kekurangan kita mempengaruhi perasaan kita. Motivasi datang apabila kita mempunyai tugasan yang akan mencabar kita dan akan memberikan hasil yang bernilai. Dengan memastikan semua tugasan utama sesuai dengan kategori ini, maka anda akan bantu untuk melancarkan motivasi yang terdapat dalam aktiviti harian anda.

Yang keduanya, susun pejabat anda supaya dapat membuang sebarang gangguan atau halangan. Sediakan air minuman, pen, pensel dan kertas di atas meja anda. Apabila semua dah ada, anda boleh fokus untuk memperbaiki mood anda, barangkali ada lagu dalam senarai kegemaran anda untuk dimainkan. Anda perlu mengadakan senarai untuk dibuat bagi tugasan harian anda, mengikut keutamaan dan tandakannya jika telah melakukannya. Anda juga perlu ada rekod bertulis mengenai tugasan yang telah siap bagi membina keyakinan anda yang telah menyiapkan kerja anda dengan baik.

Apabila anda boleh rancang kerja anda untuk hari-hari akan datang dan menggunakan tugasan-tugasan tersebut untuk memotivasi diri anda, maka anda akan rasa lebih kawalan dalam persekitaran kerja anda. Ini dapat membantu anda membina keyakinan diri dan membantu anda melihat sesuatu dengan positif.

Buat satu senarai tugasan hari ini dan lihatlah bagaimana anda boleh memandu motivasi anda.

 

3)      Yakin dengan diri anda

Kadang-kadang orang lain boleh merendahkan keyakinan anda samada sedar ataupun tidak. Mereka membuatkan anda rasa dalam diri tentang percakapan anda, penampilan anda atau kekurangan keyakinan diri anda. Pada ketika itu, ia mengakibatkan anda tersinggung dan memusnahkan hari anda. Mereka merendahkan persepsi anda, juga terhadap harga diri anda dan menyebabkan wujudnya perasaan negatif yang mengganggu sebarang pemikiran positif. Daripada berfikir kepada mengapa orang lain berbuat demikian, lebih baik anda fokus kepada sesuatu benda lain yang mendapat manfaat. Anda tidak harus menjadi mangsa kerana ia tidak akan membuahkan hasil positif.

Jika anda tidak merasa senang dengan kritikan orang lain, maka anda perlu putuskan jika sekarang adalah masa untuk melakukan sesuatu tentangnya dan menjauhkan orang yang negatif ini dengan kebolehan yang anda ada. Orang yang mengkritik selalunya suka bermain dengan masalah yang mereka alami. Jika anda boleh merubah dan buktikan kepada diri anda dan kepada dunia yang anda boleh jadi apa yang anda inginkan, jangan biarkan orang lain atau diri anda sendiri menyatakan anda sebagai orang yang tidak boleh berubah, yang mana sentiasa mempunyai bebanan.

 

4)      Cipta masa hadapan anda

Bayangkan sebulan daripada sekarang. Anda telah biasa dengan 3 idea di atas dan sedang memerhati hasilnya. Kini, anda pelajari bagaimana untuk menguruskan masalah anda sendiri, boleh memotivasi diri anda dan boleh membesarkan sempadan kebolehan diri, inilah masa untuk mencipta masa hadapan anda. Masa hadapan yang jauh daripada kedudukan anda sebulan yang lalu, atau hari ini, yang mana anda perlu memerhatinya. Barangkali anda ingin jadi pakar dalam sesuatu bidang, mengurangkan berat badan atau membesarkan pendapatan anda. Mungkin anda ingin menjadi popular dengan hanya menjadi seorang pelakon. Lihatlah 20 tahun akan datang dan putuskan di mana diri anda. Kemudian, letakkan visi ini ke dalam pernyataan positif yang kukuh, seperti “Saya adalah pemain golf berjaya dan popular.”

Sekarang, ambillah fakta ini dan lakukan visualisasi (gambaran) dalam minda anda. Bayangkan masa depan anda kelihatan bahagia, ceria dan anda telah capai semua impian anda. Dan sekarang, jadikan gambaran itu menjadi lebih besar, dan lebih terserlah warnanya, senyum kepada diri anda. Lakukan teknik visualisasi ini setiap hari, sebanyak yang mungkin. Pastikan anda berada dalam gambaran tersebut dan ia datang ke dalam kehidupan anda. Dengan melakukannya, kita mengikat keinginan itu kepada tindakan fizikal. Daripada saat ini, bilamana anda berasa tertekan dan kurang motivasi, anda harus ingat kembali tentang keinginan anda dan anda akan dapat tenaga semula.

Langkah seterusnya adalah untuk merancang bagaimana anda akan mencapai matlamat anda pada bulan dan tahun akan datang. Anda harus tahu bila anda mahu mencapai matlamat anda dan kemudian mengambil langkah untuk mengesan kemajuan anda. Pada tahap ini, anda perlu mempunyai matlamat-matlamat kecil yang akan membantu mencapai matlamat besar anda.

Jika anda mengikuti langkah-langkah ringkas ini dan mengulanginya hari ke hari, anda akan mula merasai perubahan dalam hidup anda. Insya ALLAH…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *