Ketika kita menghadapi berbagai masalah hidup, maka hendaklah kita mengadukannya dan memohon cara penyelesaian hanya kepada Allah,

 

Sebagaimana Nabi Ya’qub a.s.

“…Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui.” (Yusuf: 86)

 

Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Nabi Ya’qub mempunyai seorang saudara angkat. Pada suatu hari, saudara angkatnya bertanya

kepadanya, ‘Apakah yang membuat matamu buta dan belakangmu bongkok?’

Ya’qub menjawab,

’Hal yang membutakan mataku adalah kerana menangisi Yusuf dan hal yang menyebabkan belakangku bongkok adalah kesedihan kerana kehilangan Bunyamin.

 

Maka Jibril a.s. datang kepadanya dan mengatakan,

‘Wahai Ya’qub, sesungguhnya Allah menyampaikan salam kepadamu dan berfirman kepadamu, ‘Tidakkah kamu malu mengadu kepada selain Aku? Ya’qub berkata, ‘Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.’

Jibril a.s. berkata, ‘Allah mengetahui apa yang kamu adukan.’

 

Jika kita tertimpa kesulitan rezeki, maka kita datang menghadap Allah untuk mengadukan segala masalah kita kepada Nya dan meminta penyelesaian dari-Nya.

Maka, Allah akan memberikan kita penyelesaian, Sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis berikut:

Sabda Rasulullah SAW:

‘Barangsiapa yang tertimpa kefakiran, kemudian dia mendatangi manusia dengan mengeluh dan meminta bantuan mereka, maka keperluannya tidak tercukupi. Dan barangsiapa yang tertimpa kefakiran, kemudian dia mendatangi Allah, maka hamper saja Allah memberikannya kekayaan (kecukupan) yang cepat.

(HR Abu Dawud, Tirmizi dan Al-Hakim)

 

Wallahualam.

 

PS: Ketahui Rahsia Penderas Rezeki , menjadikan lebih lancar, Rahsia Membuka Khazanah Laa Yahtasib (tak terhingga) untuk mempercepatkan kekayaan, Rahsia Membuahkan Wang seperti hujan dan banyak lagi kaedah menarik rezeki dengan Ilmu Rezeki Asmaulhusna, melalui Program Bengkel Rezeki pada 10 Mac ini di Kajang, Selangor.

Jom daftar sekarang. Klik sini> www.rezeki.com.my

Atau whatsapp BENGKEL3 ke 0192551090

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *