Ramai daripada orang yang berjaya mengakui bahawa mereka adalah penentu matlamat. Mereka menentukan dan mencapai matlamat mereka dengan konsisten. Anda mungkin hairan bagaimana mereka boleh menentukan dan mencapai matlamat mereka dengan konsisten dan saya akan memberitahu anda tentang “bagaimana”.

Ia adalah tidak memadai dengan hanya menentukan matlamat sahaja. Anda mesti menjadi seperti siapa yang anda ingin jadi bagi mencapai matlamat anda. Apakah maksudnya?

Jika anda ingin mengurangkan berat badan, anda mungkin perlu menjadi seseorang yang makan dengan suatu cara tertentu. Jika anda mencari teman hidup, anda mungkin perlu menjadi seseorang yang mempunyai sikap penyayang. Jika anda ingin mempunyai ramai kawan, anda mungkin perlu menjadi orang yang pandai mendengar.

Katakanlah anda ingin memiliki matlamat untuk mendapatkan pendapatan 6 angka dalam masa 12 bulan. Jadi, anda perlu melihat siapa yang anda perlu jadi untuk memperolehi pendapatan 6 angka. Apakah jenis orang itu dan apakah yang anda perlu ubah untuk menjadi orang itu?

Berikut adalah beberapa contoh:

  1. Anda perlu menjadi orang yang menerima tanggungjawab penuh bagi situasi dalam kehidupan anda. Orang yang selalu menyalahkan orang lain atau keadaan ekonomi bagi kekurangan status kewangannya tidak akan mendapat pendapatan yang tinggi. Terimalah situasi semasa anda dan kemudian berazam untuk lakukan perubahan. Ini bermakna anda juga perlu untuk mengambil tanggungjawab penuh untuk hasil keputusan anda. Anda mesti menjadi orang yang boleh berkongsi kejayaan bagi memberi inspirasi kepada orang lain. Anda adalah contoh dan anda berhak menuntut hasil yang telah dijayakan.
  2.  Anda perlu menjadi pengambil risiko dan tidak takut kepada kegagalan. Mengambil peluang akan menjauhkan risiko kesilapan. Seorang pengambil risiko sanggup belajar daripada kesilapan dan berterusan. Anda harus mampu melakukannya selalu walaupun anda berdepan dengan ketakutan.
  3. Anda perlu menjadi seorang pengikut dan seorang pemimpin. Saya berkata pengikut kerana semua orang yang berjaya telah mengikut orang yang telah mencapai kejayaan sebelum ini dan diikuti sebagai contoh/model. Mentor adalah diperlukan bagi mempercepatkan pembelajaran bagi menuju kejayaan. Saya katakan pemimpin di sini kerana lama-kelamaan anda harus berpisah daripada kelompok pengikut dan menunjukkan bakat anda untuk memimpin orang lain supaya menuju kejayaan. Apabila anda mula menunjukkan kejayaan, anda akan menjadi contoh atau sumber inspirasi untuk orang lain.
  4. Anda perlu menjadi seorang yang berfikiran positif. Apabila anda mempunyai matlamat yang besar, pasti ada halangan yang tidak dapat dielakkan. Orang yang berpendapatan besar tahu bagaimana untuk menguruskan tenaga mereka apabila perkara yang tidak dapat dielakkan itu berlaku, jadi mereka tidak akan menyerah kalah. Perasaan putus asa boleh menjatuhkan energi anda, getaran anda dan kebolehan anda untuk menarik impian anda. Ini adalah apa yang mengakibatkan sesetengah orang tidak boleh mencapai kejayaan. Namun matlamat anda adalah bukan seperti kebanyakan orang, jadi anda perlu kembangkan kebolehan anda melepasi tahap normal dan kekal positif.

Jadi, di atas adalah beberapa cara untuk mendapatkan pendapatan 6 angka dalam masa 12 bulan. Kejayaan adalah 90% daripada minda dan membuat keputusan terhadap siapa yang anda ingin jadi agar dapat mencapai matlamat anda. Siapa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda? Senaraikan siapa model kejayaan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *