MENGELUH KENAPA REZEKI TERSEPIT?

Belum pun sempat nak cecah akhir bulan, kita dah duk termenung. Mana la pergi nye gaji kita? Simpanan pun dah habis terpakai. Benda nya tak nampak pon ape yang di belanjakan, tapi gaji tetap habis. Itu lah di namanya rezeki tersepit. Ada orang kerja tak seberapa, tapi gaji dia cukup hingga akhir bulan. Siap ada simpanan lagi. Alhamdulillah rezekinya lapang selapang lapangnya.

Sambil duduk, perhati semula diri kita?

Apa silapnya yang ada pada diri kita?

Fikirkan semula, kenapa gaji aku beribu-ribu, tapi rezeki ku sentiasa tersepit..?

  1. Adakah kita sentiasa jaga hubungan kita dengan Allah? Kita solat pun ala kadar, macamana Allah nak tunaikan apa yang kita minta.
  2. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Tanggungjawab kita sebagai anak kita abaikan. Susah la untuk dapat keberkatan.
  3. Sedekah akan melapangkan rezeki. “Banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
  4. Adakah kita ni seorang yang kuat komplen? Memikirkan apa yang orang lain buat semuanya tak betul, dan kita sahaja yang sempurna dalam segala hal. Ini juga punca rezeki tak murah
  5. Putuskan silaturrahim dengan adik beradik. Rezeki kita akan terbantut jika hubungan kita sesama adik beradik bergaduh tiap masa. Jaga hubungan sesama adik beradik.
  6. Fizikal dan rohani kita dah cukup bersih? Bersihkan semua kotoran di hati kita. Insya Allah, Allah akan lapangkan rezeki kita
  7. Bermalas-malasan berterusan. Rezeki tak datang bergolek dengan sendirinya. Ramai yang berkelakuan seperti ini, tak kiralah semasa di rumah mahupun di pejabat atau di tempat kerja. Kita tidak ikhlas dengan apa yang kita buat.
  8. Tak ingat mati. Kita tak bersedia untuk mati. Terlampau enjoy dengan kehidupan seharian. Rezeki pun teragak-agak nak masuk.
  9. Kuat melenting dengan orang. Tak jaga hubungan dengan orang lain. Bila kita asyik nak marah orang je, semua benda tak kena, rezeki pun susah nak terbentang luas
  10. Senyum itu satu sedekah. Sedekah melapangkan rezeki kita. Kalau kita tak senyum, rezeki kita tak selapang lapang la jadinya.

Justeru itu, perbaiki diri. Usah mengeluh kenapa gaji kita asyik tak cukup je macam orang lain. Kaji semula, siapa diri kita? Apa yang kita sering buat hingga rezeki susah nak masuk. Dengan cara ini kita tak akan lupa diri, dan sentiasa berusaha, berusaha dan berusaha.

INGIN MENGGAPAI REZEKI TAK DIDUGA?

Dapatkan ijazah amalan berikut dalam kelas Online Webinar 21/4/2019…

– Penderas rezeki berganda
– Amalan kekayaan dgn Solat
– Amalan langsai hutang
– Selawat penderas rezeki
– Amalan melepaskan kesusahan hidup
– Amalan melepaskan kesusahan mendesak

Info lanjut di http://menggapai.rezeki.com.my

atau klik sini > http://wasap.my/60192551090/MenggapaiRezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *