Tip Menjadi Magnet Duit

Ramai orang yang ada masalah kewangan adalah kerana mereka mempunyai kepercayaan negatif terhadap wang. Mereka dibelenggu dengan kepercayaan negatif itu sehingga mereka tiada idea untuk menjana wang.
Izinkan saya berkongsi tip bagaimana untuk menjadikan diri Magnet Duit:
Langkah pertama adalah …Pantau Pemikiran dan Kepercayaan Negatif Anda
Ramai orang menganggap bahawa…
“Duit adalah sumber kejahatan”
Oleh sebab terlalu banyak menonton movie, cerita orang kaya yang jahat sahaja yang ada
duit yang banyak, melalui kegiatan jenayah.
Ini akan menjadi kepercayaan yang negatif terhadap duit.
Bagaimana nak jadi magnet duit kalau anda rasa negatif terhadap duit?
Duit akan lari dari anda.
Sebagai contoh, kepercayaan negatif ini adalah seperti lubang yang ada dalam bekas.
Apabila bekas itu diisi dengan air, air menembusi lubang itu.
Kepercayaan negatif adalah seperti lubang itu. Kalau ada banyak lubang, lagi sikit anda dapat.
Malangnya bagi kebanyakan orang, mereka lupa yang mereka ada banyak lubang.
Ini yang menyebabkan berlakunya kebocoran Wang.
Jadi, apa yang perlu anda buat adalah pantau pemikiran dan kepercayaan negatif anda
terhadap duit. Ubah semua yang negatif kepada positif dengan langkah kedua iaitu…
Membina minda Magnet duit dengan Affirmasi.
Mengikut Hukum Tarikan, kita menarik apa yang kita fikirkan. Kuasa tarikan terhadap duit,
bergantung kepada kepercayaan anda terhadap duit. Kepercayaan akan terbina selari dengan
pemikiran anda terhadap duit.
Magnet Duit adalah pantulan daripada pemikiran tentang kejayaan. Namun, berfikir tentang kejayaan sahaja tidak akan menjadikan anda magnet duit.
Ia bergantung kepada apa yang anda fikir, samada fikiran positif atau negatif terhadap duit.
Ramai yang bersusah payah nak dapatkan duit kerana mereka sangat negatif terhadap duit.
Mereka selalu fokus yang mereka TIADA DUIT. Sebenarnya mereka menarik keadaan yang
tidak mendatangkan duit. Anda mesti ubah semua pemikiran dan kepercayaan negatif ini dengan cara mudah, iaitu dengan cara Affirmasi.
Cara ini akan mengubah kepercayaan negatif kepada positif. Mudah saja caranya, baca ayat Afirmasi setiap hari.
Contoh ayat Afirmasi untuk menjadikan diri kita Magnet duit:
“Saya adalah magnet duit”
“Saya menarik duit setiap hari”
“Aliran duit yang banyak datang kepadaku”
Apa yang kita fikir dan cakap, kita akan menariknya
dalam kehidupan kita.
Apa yang kita fikir dan cakap juga adalah DOA.
Pasti akan jadi realiti. Inshaa Allah.
Saya ada kongsikan banyak cara lagi untuk menjadi Magnet terutamanya Magnet Rezeki dengan terperinci dan jelas, mudah difahami.
Nak tau ke?
Jom klik sini>  MAGNET REZEKI
Semoga anda semua memperoleh rezeki yang melimpah.
Aamiiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *