7 ZIKIR TARIKAN REZEKI

Biar rezeki itu sedikit asalkan ia cukup jika dibandingkan ianya banyak,
tapi sering tidak mencukupi. Tiada persoalan sama ada ada rezeki itu banyak
ataupun sedikit. Apa yang lebih penting ianya mencukupi. Rezeki yang
diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki
yang banyak tapi tak diberkati.

Di bulan barokah ini, eloklah kita perbanyakkan zikir, seperti Zikir Tarikan Rezeki berikut…
7 ZIKIR TARIKAN REZEKI:
1. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan –
La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani)
2. La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin
maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram
dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
3. Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim
Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah
Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Surah Al-Ikhlas
Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan
menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. (HR.
At-Tabrani)
5. Surah Al-Waqi’ah
Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah setiap malam maka tidak akan ditimpa
kesempitan hidup. (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Selawat ke atas Nabi
Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat”.
7. Beristighfar
Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia
dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah
diduga. (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Jom kita amalkan, semoga rezeki kita berlimpah ruah. Aamiin.
PS : RAHSIA MENGGAPAI NUR KEKAYAAN…
 JOM BELAJAR BERTALAQI DALAM PROGRAM BENGKEL REZEKI AKAN DATANG…
Atau whatsapp BENGKEL5 ke 0192551090,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *